Takaful bantu Mangsa Banjir

 

 


SABTU, 3 OKTOBER 2015 @ 7:05 PM
Etiqa Takaful siapkan 46 rumah kekal, mangsa banjir di Kelantan KETUA Pegawai Eksekutif Etiqa Takaful Berhad, Ahmad Rizlan Azman (kiri) menyerahkan replika kunci dan rumah sebagai simbolik kepada Che Minah Mat Saud, di Majlis penyerahan kunci rumah di Kampung Pahi. - Foto Fathil Asri KUALA KRAI: Syarikat insurans, Etiqa Takaful Berhad sudah menyiapkan 46 daripada 66 rumah kekal untuk penduduk yang kehilangan kediaman akibat banjir yang melanda Kelantan pada Disember tahun lalu. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Rizlan Azman berkata, 46 rumah berkenaan seperti dijanjikan oleh syarikat itu kepada mangsa banjir, dibina di Kampung Pahi di sini, serta di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Lebir, Gua Musang. "Baki 20 rumah akan dibina di Tanah Puteh, Gua Musang dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kunci Projek Rumah Kekal Pasca Banjir di Kampung Pahi di sini, hari ini. Pada majlis berkenaan, sebanyak 15 keluarga dari Kampung Pahi yang kehilangan rumah dalam kejadian banjir itu, menerima kunci rumah baharu serta kelengkapan rumah seperti peti ais dan periuk nasi. Ahmad Rizlan berkata, rumah kekal itu mempunyai tiga bilik tidur, tandas, bilik air, dapur serta ruang tamu dengan keluasan 66.23 meter persegi dan dibina 2.44 meter tinggi daripada aras tanah bagi mengelak ia mengalami kerosakan jika berlaku banjir pada masa hadapan. "Kita peruntukkan sebanyak RM3.5 juta bagi membina 66 rumah kekal kepada mangsa banjir di negeri ini, menerusi dana yang disumbangkan oleh peserta pelan takaful serta wang zakat syarikat. "Ini salah satu kelebihan kepada peserta pelan takaful kami kerana lebihan daripada dana itu akan digunakan untuk projek-projek amal sebegini terutama membina rumah kepada mangsa banjir," katanya. Projek pembinaan rumah kekal mangsa banjir itu adalah hasil kerjasama antara Etiqa Takaful Berhad dan badan bukan kerajaan (NGO), Islamic Aid Malaysia (IAD) sebagai penyelaras projek.
- BERNAMA

 
 
“It’s not a condition but a decision to determine destiny”

Nur Azam Zamberi

 

AZAM Achievers Management

Perak~Kuala Lumpur~Pulau Pinang

 
d

 

Best View Google Chrome or Mozila Firefox with resolution 1366x768.

AZAM Achievers Management @ 2013. All Right Reserved.