 |
Mac 26, 2016
Ditulis oleh BeritaRTM
Sumber: http://berita.rtm.gov.my/index.php/ekonomi/3931-sumbangan-perniagaan-am-takaful-meningkat-6-3-peratus-pada-2015
Kuala Lumpur - Sumbangan bertulis kasar perniagaan am Takaful mencatatkan RM2.3 bilion pada 2015, naik 6.3 peratus,
berbanding 2014, kata Pengerusi Persatuan Takaful Malaysia (MTA) Ahmad Rizlan Azman.
"Takaful Kenderaan Motor kekal pada kedudukan teratas dari segi campuran portfolio, yang menyumbang 61.9 peratus berbanding 59.8 peratus pada 2014," katanya.
Mengenai perniagaan Takaful keluarga, Ahmad Rizlan berkata industri itu mencatatkan RM3.64 bilion dalam sumbangan perniagaan baharu pada 2015, naik 3.9 peratus, berbanding RM3.5 bilion dicatatkan pada 2014.
"Pada tahun lepas, jumlah sumbangan daripada perniagaan Takaful keluarga berjumlah RM3.37 bilion, berbanding RM2.99 bilion, pada 2014, melebihi RM3 bilion untuk kali pertama," katanya pada Takaful Starnite 2016.
Ahmad Razlan juga berkata kadar penembusan Takaful naik 14.70 peratus pada 2015 berbanding 14.48 peratus pada 2014.
Kadar penembusan itu merupakan ukuran jumlah sijil Takaful keluarga kepada jumlah penduduk Malaysia.
|
|